Friday, 17 June 2011

Kambing dan Perigi Buta

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian o rang yang lalu lalang disitu. Orang ramai berfikir bagaimana hendak membantu mengeluarkan kambing tersebut daripada perigi buta itu.
Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak menemui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut.Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing itu sudah tidah dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakan bau busuk bangkai si kambing.
Penduduk kampung bergotong royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga,begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta,malah ingin dikambus hidup2 oleh penduduk kampung.Pasti tamatlah riwayat si kambing. Namun kambing tersebut tidak putus asa. Setiap kali tanah yang dituang ke dalam perigi ,kambing tersebut akan menggoyangkan badanya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badanya.
Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing,sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapanya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat,dan dia melompat dengan girang.

***moral of the story***
Allah berfirman yang bermaksud "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan"Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

No comments:

Post a Comment