Friday, 17 June 2011

Dengar Dengan Hati

Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun "Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal,satu biji lagi epal dan satu lagi epal,berapa biji epal yang kamu dapat?" Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin "Empat".
Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan adalah tiga."Mungkin dia tidak mendengar dengan baik" isik guru itu.Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti.Murid tersebut tidak dapat membaca kekecewaan pada wajah guru itu, mula mengira dengan jari.Kali ini dihitung lama2 dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuat gurunya gembira,bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat.Tanpa ragu2,diulang jawapan yang sama,"Empat,cikgu!"
Gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang diberikan oleh masih lagi salah.Kemudian guru itu teringat yang muridnya itu amat menggemari stawberi,maka diubah sedikit soalan itu."Kalau cikgu berikan kamu sebiji stawberi,sibiji stawberi dan sebiji lagi stawberi,berapakah jumlah stawberi yang dimiliki oleh kamu?" Murid itu mengira lagi dengan jarinya. "Tiga,cikgu!" Kali ini jawapanya tepat.
"Sekarang kalau cikgu beri kamu sebiji epal,sebiji epal lagi dan sebiji epal lagi,berapakah epal yang kamu miliki?" Soalan awal tadi diulangi lagi buat kali ketiga,namun kali ini jawapan yang diberikan adalah empat. Si guru tersebut telah hilang sabar. Disoalnya murid itu dengan nada marah "Macam mana kamu dapat jawapan empat plak ni ?" Dengan suara yang perlahan dan teragak-agak,murid itu menjawab "Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya ini,cikgu."

***moral of the story***
Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang yang berbeza,tetapi jangan sesekali kita mendengar dengan satu tanggapan yang sudah dijangka.Jadi dengarlah dengan kata hati.Malah jika berbeza pendapat,tidak bermakna satu pihak betul dan satu pihak lagi salah.Boleh jadi kedua-duanya salah.

1 comment: