Friday, 17 June 2011

Miskin Kaya Ukuran Dunia,Hina Mulia Bandingan Manusia

Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah ukuran kaya dan miskin dimata dunia tetap menjadi bualan, perkiraan dan perbandingan. Kebahagian dan ketenangan seringkali dikaitkan dengan kekayaa, bagai perahu dengan pendayung.Sedangkan yang kelihatan miskin dimata manusia itu mungkin lebih bahagia daripada mereka yang kaya dan bermewah-mewah tanpa sempadan.
Membaca tajuk akhbar baru2 ini yang menyatakan separauh warga kota miskin, menyentak hati dan sanubari kita. Betapa kita yang tinggal di kota metropolitan ini menghampiri status miskin pula. Maklumlah bilamana urusan memenuhi keperluan asas sudah semakin memeritkan dan mengcekik, tanpa sedar kita semakin melayakan diri kita menjadi ansaf zakat! Mengapakah ia berlaku? Dalam berita tersebut dimuatkan kenyataan bahawa miskin desa membabitkan golongan yang tiada pendapatan tetap,tetapi miskin bandar pula lebih banyak membabitkan golongan berpendapatan sederhana tetapi menanggung hutang. Memenuhi keprluan tinggal di bandar memang melibatkan komitmen kewangan yang tinggi. Seprtimana kata orang tua,menguit sedikit pun menggunakan duit.
Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, 43.1% daripada penduduk yang tinggal di bandar berpendapatan dibawah RM3000. Ramai juga tu,mencecah 7.9 juta orang! Dengan gaji sebanyak itu mereka perlu menampung kos asas makanan serta tempat tinggal dan juga sampingan seperti parkir,utiliti,tol,penjagaan anak,hutang kad kredit,ansuran kenderaan serta ansuran pinjaman peribadi. Dengan gaji setiap bulan, mereka terpaksa mengharungi kenaikan harga barang keperluan dan menyumbang kepada peningkatan kos hidup di bandar. Nampaknya benarlah kata pepatah,kalau takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai. Demi kerjaya dan masa depan yang lebih baik,manusia terpaksa menangani pelbagai kepayahan dan kesusahan yang datang bersama denganya.
Hanya mereka yang berbelanja secara sedar dan berhemah sahaja dapat mengawat bajet bulanan keluarga dalam kemelut kewangan yang semakin mendesak.Setiap insan perlu mempertingkatkan ilmu kemahiran kewangan peribadi supaya tidak terjebak dalam perangkap hutang,termasuk hutang kad kredit dan juga hutang peribadi. Selagi bijak berbelanja dalam lingkungan pendapatan bulanan,dapatlah dielakan defisit pada akhir bulan.
Sesiapa pun berkeupayaan untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan tenang dalam batas kemampuan kewangan masing2. Asalkan setiap orang berbelanja dengan penuh kesedaran,insyaAllah tidaklah ukuran kaya dan miskin kebendaan ini menjadi isu perbandingan dan persaingan.Kembalilah kepada keutamaan untuk kaya di akhirat sepertimana firman Allah dalam surah al-Ra`ad ayat 26 yang bermaksud : " Allah melunaskan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan di dunia itu (dibandingkan dengan ) kehidupan akhirat,hanyalah kesenangan (yang sedikit)."

Kambing dan Perigi Buta

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta. Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian o rang yang lalu lalang disitu. Orang ramai berfikir bagaimana hendak membantu mengeluarkan kambing tersebut daripada perigi buta itu.
Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak menemui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut.Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing itu sudah tidah dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelakan bau busuk bangkai si kambing.
Penduduk kampung bergotong royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga,begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta,malah ingin dikambus hidup2 oleh penduduk kampung.Pasti tamatlah riwayat si kambing. Namun kambing tersebut tidak putus asa. Setiap kali tanah yang dituang ke dalam perigi ,kambing tersebut akan menggoyangkan badanya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badanya.
Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing,sebaliknya dia makin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapanya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat,dan dia melompat dengan girang.

***moral of the story***
Allah berfirman yang bermaksud "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan"Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Dengar Dengan Hati

Seorang guru bertanya kepada pelajarnya yang berusia tujuh tahun "Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal,satu biji lagi epal dan satu lagi epal,berapa biji epal yang kamu dapat?" Sepantas kilat pelajar itu menjawab dengan yakin "Empat".
Guru itu kecewa dengan jawapan yang diberikan kerana mengharapkan jawapan yang diberikan adalah tiga."Mungkin dia tidak mendengar dengan baik" isik guru itu.Guru tersebut mengulangi soalan yang sama sambil meminta muridnya itu mendengar dengan teliti.Murid tersebut tidak dapat membaca kekecewaan pada wajah guru itu, mula mengira dengan jari.Kali ini dihitung lama2 dengan harapan agar jawapan yang diberikan dapat membuat gurunya gembira,bukan bertujuan mencari jawapan yang tepat.Tanpa ragu2,diulang jawapan yang sama,"Empat,cikgu!"
Gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang diberikan oleh masih lagi salah.Kemudian guru itu teringat yang muridnya itu amat menggemari stawberi,maka diubah sedikit soalan itu."Kalau cikgu berikan kamu sebiji stawberi,sibiji stawberi dan sebiji lagi stawberi,berapakah jumlah stawberi yang dimiliki oleh kamu?" Murid itu mengira lagi dengan jarinya. "Tiga,cikgu!" Kali ini jawapanya tepat.
"Sekarang kalau cikgu beri kamu sebiji epal,sebiji epal lagi dan sebiji epal lagi,berapakah epal yang kamu miliki?" Soalan awal tadi diulangi lagi buat kali ketiga,namun kali ini jawapan yang diberikan adalah empat. Si guru tersebut telah hilang sabar. Disoalnya murid itu dengan nada marah "Macam mana kamu dapat jawapan empat plak ni ?" Dengan suara yang perlahan dan teragak-agak,murid itu menjawab "Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya ini,cikgu."

***moral of the story***
Mungkin kita memahami sesuatu dari sudut yang yang berbeza,tetapi jangan sesekali kita mendengar dengan satu tanggapan yang sudah dijangka.Jadi dengarlah dengan kata hati.Malah jika berbeza pendapat,tidak bermakna satu pihak betul dan satu pihak lagi salah.Boleh jadi kedua-duanya salah.